DDA SIGNATURE

Click here to edit subtitle

Home

STID1103 Aplikasi Komputer Dalam Pengurusan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Terima kasih kerana sudi mengunjungi laman web saya ini Tujuan pembinaan website ini adalah bagi memenuhi Tugasan 3 didalam STID1103 Aplikasi Komputer Dalam Pengurusan untuk Kursus Ijazah Sarjana Muda Kepujian Pengurusan Awam yang mana membawa tajuk Pembangunan Laman Web/Blog. Pembangunan laman web ini adalah berdasarkan dokumen profail syarikat yang telah saya bangunkan dalam Tugasan 1. 


STID1103 APLIKASI KOMPUTER DALAM PENGURUSAN merupakan salah satu kursus yang teras universiti. Saya telah di dedahkan dengan pengunaan aplikasi komputer yang banyak di gunakan oleh organisasi samada untuk tujuan pengurusan fungsi perniagaan, komunikasi dan lain-lain lagi. Saya sebagai pelajar telah diajar dengan kaedah yang betul menggunakan perisian yang tertentu bagi menulis laporan, memasukkan data untuk tujuan statistik dan konsep asas sesuatu pangkalan data.


Saya turut didedahkan cara bagaimana menterjemah data kepada carta dan rajah, persediaan yang sesuai sebelum sesuatu persembahan, strategi mempersembahkan sesuatu maklumat secara elektronik. Manakala dalam penggunaan internet termasuk proses pembinaan dan penyelengaraan sesuatu laman web, setiap individu telah diberi tugasan untuk membangunkan satu laman web/blog peribadi untuk melengkapkan tugasan yang terakhir.


Oleh itu,saya telah membina blog ini dengan mengunakan aplikasi webs.com untuk tugasan terakhir.